Saturday 26 January 2013

PUSAT JAGAAN HARIAN WARGA EMAS

Pusat jagaan Seri Setia juga turut memberi kemudahan penjagaan harian kepada warga tua terutama bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ketiadaan ahli keluarga atau penjaga memberi kemudahan penjagaan harian. Hanya dengan kadar bayaran yang minimum.

Perkhidmatan/Kemudahan Yang Disediakan
  • Aktiviti Keagamaan.
  • Program Kesihatan.
  • Aktiviti Sukan dan Rekreasi.

  • Boleh memohon terus kepada saya di 0164219053
Liza

MENGAPA PUSAT JAGAAN SERI SETIA?


KELEBIHAN 

Pusat ini baru ditubuhkan dan telah mendapat kelulusan pendaftaran dengan pihak berkuasa  yang berkenaan. Orang ramai boleh menyemak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kinta, Dewan Bandaraya Ipoh ataupun pihak Bomba dan Penyelamat. Keperluan pendaftaran dan garis panduan ketat memerlukan kami memastikan keadaan yang terbaik untuk menerima penghuni baru. Antara kelebihan pusat ini adalah seperti di bawah.
§  Latarbelakang dan pengalaman – Penjaga dan staf  mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam perawatan. Mereka terdidik dengan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan penjagaan dan pemeliharaan kesihatan serta keselesaan penghuni nanti.
§  Keselamatan - Alat pengesan kebakaran serta peralatan melawan kebakaran dipastikan sentiasa berfungsi. Penggera keselamatan akan diaktifkan pada tempat-tempat dan masa tertentu bagi tujuan perlindungan tambahan. Sistem perhubungan yang baik termasuk menggunakan interkom dan radio bagi memastikan penyampaian maklumat untuk sebarang tindakan mahupun maklumbalas segera.
§  Pengangkutan - Kami menyediakan pengangkutan bagi pergerakkan penghuni ke tempat rawatan seperti pusat dialisis, hospital atau klinik ataupun ke mana-mana yang diperlukan. Kenderaan kami juga boleh digunakan untuk menjemput atau mengambil serta menghantar pulang. Kami tidak bergantung kepada kemudahan pengangkutan luar yang semestinya melipatgandakan kos penjagaan nanti.
§  Sajian - Kami menyediakan sajian yang terbaik mengikut menu yang dicadangkan melalui garis panduan pihak berkuasa yang berkenaan. Kakitangan juga terdidik untuk mengawal selia keperluan sajian warga emas melalui jadual sajian yang disediakan. Kami juga mengambil berat diet warga emas sebagaimana kehendak diagnosa permakanan yang diarahkan.
§  Kegiatan Menarik - Dengan adanya rakan sebaya, kegiatan yang menarik dan menyeronokkan warga emas akan dijalankan dari masa ke semasa daripada keagamaan, senaman fizikal, rekriasi dan riadah seterusnya kegiatan sosial lain. Kegiatan lain seperti karaoke, menonton tayangan layar besar, Permainan dalam seperti karom, catur, dam aji, dan lain-lain lagi.
§  Perjumpaan keluarga - Sesi bertukar pendapat, percambahan minda dan mendapatkan maklumbalas daripada waris dan masyarakat setempat.
§  Sukarelawan - Kami akan mengumpulkan sukarelawan untuk apa-apa aktiviti bagi melibatkan penghuni dengan masyarakat setempat.

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk insan kesayangan anda...

Liza
0164219053
lizahzza74@yahoo.com

Monday 14 January 2013

SUKARELAWAN PUSAT JAGAAN SERI SETIA

Assalamualaikum..

Pusat Jagaan Seri Setia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk ibu anda. Kami juga memberi peluang kepada para sukarelawan untuk turut sama memberi khidmat kepada warga emas di rumah ini.

Berikut adalah majlis doa selamat sempena pusat ini mendapat kelulusan JKM.. :)





Salam sayang...

Liza
0164219053

Saturday 12 January 2013

PUSAT JAGAAN UNTUK IBU ANDA


PERKHIDMATAN JAGAAN WARGA EMAS

Pusat ini menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada warga emas mengikut terma dan syarat. Pihak pengurus akan memberi jagaan dan perlindungan kepada semua warga emas yang tinggal di pusat ini mengikut keperluan masing-masing.

Bayaran yang minimum akan dikenakan bagi menampung segala keperluan penghuni dan juga kos pentadbiran.

Sebagai balasan, penghuni warga emas yang tinggal di pusat ini akan dilayan seperti ibu sendiri. Pihak pengurus akan memberi perkhidmatan yang terbaik termasuk memberi makanan, penghantaran ke hospital atau pusat kesihatan, ubat-ubatan dan sebagainya..

Sila hubungi kami di alamat tertera atau telefon ke 0164219053.

LIZA akan membantu anda......

PUSAT JAGAAN WARGA EMAS

Assalamualaikum..

Kami menyediakan sebuah pusat jagaan untuk warga emas yang tiada penjaga atau mempunyai waris tetapi tidak berupaya menjaga atas faktor masa, tempat tinggal atau faktor-faktor lain yang berkaitan. 

Alamat:

PUSAT JAGAAN SERI SETIA
NO.31, JALAN RAJA MUSA MAHADI,
RAPAT SETIA,
31350 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon: 0199396078, 0164219053
Ema/Liza