Saturday 26 January 2013

MENGAPA PUSAT JAGAAN SERI SETIA?


KELEBIHAN 

Pusat ini baru ditubuhkan dan telah mendapat kelulusan pendaftaran dengan pihak berkuasa  yang berkenaan. Orang ramai boleh menyemak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kinta, Dewan Bandaraya Ipoh ataupun pihak Bomba dan Penyelamat. Keperluan pendaftaran dan garis panduan ketat memerlukan kami memastikan keadaan yang terbaik untuk menerima penghuni baru. Antara kelebihan pusat ini adalah seperti di bawah.
§  Latarbelakang dan pengalaman – Penjaga dan staf  mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam perawatan. Mereka terdidik dengan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan penjagaan dan pemeliharaan kesihatan serta keselesaan penghuni nanti.
§  Keselamatan - Alat pengesan kebakaran serta peralatan melawan kebakaran dipastikan sentiasa berfungsi. Penggera keselamatan akan diaktifkan pada tempat-tempat dan masa tertentu bagi tujuan perlindungan tambahan. Sistem perhubungan yang baik termasuk menggunakan interkom dan radio bagi memastikan penyampaian maklumat untuk sebarang tindakan mahupun maklumbalas segera.
§  Pengangkutan - Kami menyediakan pengangkutan bagi pergerakkan penghuni ke tempat rawatan seperti pusat dialisis, hospital atau klinik ataupun ke mana-mana yang diperlukan. Kenderaan kami juga boleh digunakan untuk menjemput atau mengambil serta menghantar pulang. Kami tidak bergantung kepada kemudahan pengangkutan luar yang semestinya melipatgandakan kos penjagaan nanti.
§  Sajian - Kami menyediakan sajian yang terbaik mengikut menu yang dicadangkan melalui garis panduan pihak berkuasa yang berkenaan. Kakitangan juga terdidik untuk mengawal selia keperluan sajian warga emas melalui jadual sajian yang disediakan. Kami juga mengambil berat diet warga emas sebagaimana kehendak diagnosa permakanan yang diarahkan.
§  Kegiatan Menarik - Dengan adanya rakan sebaya, kegiatan yang menarik dan menyeronokkan warga emas akan dijalankan dari masa ke semasa daripada keagamaan, senaman fizikal, rekriasi dan riadah seterusnya kegiatan sosial lain. Kegiatan lain seperti karaoke, menonton tayangan layar besar, Permainan dalam seperti karom, catur, dam aji, dan lain-lain lagi.
§  Perjumpaan keluarga - Sesi bertukar pendapat, percambahan minda dan mendapatkan maklumbalas daripada waris dan masyarakat setempat.
§  Sukarelawan - Kami akan mengumpulkan sukarelawan untuk apa-apa aktiviti bagi melibatkan penghuni dengan masyarakat setempat.

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk insan kesayangan anda...

Liza
0164219053
lizahzza74@yahoo.com

No comments:

Post a Comment