PERKHIDMATAN


Penghuni Tetap
§  Penjagaan dan pemerhatian dengan suasana di rumah.
§  Penginapan dengan kemudahan yang selesa dan terjamin
§  Sajian berdasarkan menu berkhasiat mengikut selera
§  Pemeriksaan kesihatan dan latihan fisioterapi
§  Kegiatan ibadah
§  Rekriasi dan riadah
§  Bilik persendirian dengan kelengkapan


Jagaan Harian (5 Hari seminggu)
§  Jagaan semasa anak2 atau penjaga keluar bekerja
§  Jam 8.00 pagi – 5.00 petang (Fleksi)
§  Kegiatan harian dan sajian sebagaimana penghuni tetap
§  Keperluan peribadi dibawa sendiri seperti lampin pakai buang, kain atau lain-lain
§  Pemeriksaan kesihatan dan penjagaan diri secara berkala


Rawatan Susulan 
§  Mencuci luka
§  Menukar balutan
§  Rawatan susulan seperti arahan doktor


Kelab Warga Tua
§  Kami akan menjemput semua warga tua dari kawasan berdekatan untuk melakukan kegiatan bersama-sama seperti bersenam, bermain,  syarahan agama,  sesi karaoke, kaunseling, pemeriksaan kesihatan, jamuan makan dan persembahan. Pada mereka yang mempunyai kemahiran kraftangan juga boleh berkongsi-kongsi pengetahuan dan kemahiran antara satu sama lain


Lawatan dan rombongan
§  Untuk mendengar ceramah atau syarahan agama
§  Melawat rumah warga emas yang lain
§  Rombongan tempat-tempat rekreasi yang bersesuaian


Lawatan dan Rawatan Ke Rumah
§  Lawatan dan ziarah keluarga
§  Rawatan susulan di rumah
§  Mencuci luka, penjagaan kebersihan, menukar lampin
§  Pemakanan seimbang


Pembangunan Masa Depan
Kami berhasrat untuk terus memberikan keselesaan kepada penghuni dengan rancangan penambahbaikan prasarana seperti berikut:
§  Asrama berasingan.
§  Perpustakaan.
§  Surau dan tempat beribadah.
§  Kantin terbuka.
§  Wad atau bilik rawatan.
§  Dewan serbaguna.
§  Bengkel kemahiran.



Syarat Kemasukan
§  Tiada penyakit berjangkit dan merbahaya
§  Mempunyai waris dan latarbelakang yang jelas.


KELEBIHAN 
Pusat ini baru ditubuhkan dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Orang ramai boleh menyemak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dewan Bandaraya Ipoh ataupun pihak Bomba dan Penyelamat. Keperluan pendaftaran dan garispanduan ketat memerlukan kami memastikan keadaan yang terbaik untuk menerima penghuni baru. Antara kelebihan pusat ini adalah seperti di bawah.
§  Latarbelakang dan pengalaman – Penjaga dan staf  mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam perawatan. Mereka terdidik dengan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan penjagaan dan pemeliharaan kesihatan serta keselesaan penghuni nanti.
§  Keselamatan - Alat pengesan kebakaran serta peralatan melawan kebakaran dipastikan sentiasa berfungsi. Penggera keselamatan akan diaktifkan pada tempat-tempat dan masa tertentu bagi tujuan perlindungan tambahan. Sistem perhubungan yang baik termasuk menggunakan interkom dan radio bagi memastikan penyampaian maklumat untuk sebarang tindakan mahupun maklumbalas segera.
§  Pengangkutan - Kami menyediakan pengangkutan bagi pergerakkan penghuni ke tempat rawatan seperti pusat dialisis, hospital atau klinik ataupun ke mana-mana yang diperlukan. Kenderaan kami juga boleh digunakan untuk menjemput atau mengambil serta menghantar pulang. Kami tidak bergantung kepada kemudahan pengangkutan luar yang semestinya melipatgandakan kos penjagaan nanti.
§  Sajian - Kami menyediakan sajian yang terbaik mengikut menu yang dicadangkan melalui garis panduan pihak berkuasa yang berkenaan. Kakitangan juga terdidik untuk mengawal selia keperluan sajian warga emas melalui jadual sajian yang disediakan. Kami juga mengambil berat diet warga emas sebagaimana kehendak diagnosa permakanan yang diarahkan.
§  Kegiatan Menarik - Dengan adanya rakan sebaya, kegiatan yang menarik dan menyeronokkan warga emas akan dijalankan dari masa ke semasa daripada keagamaan, senaman fizikal, rekriasi dan riadah seterusnya kegiatan sosial lain. Kegiatan lain seperti karaoke, menonton tayangan layar besar, Permainan dalam seperti karom, catur, dam aji, dan lain-lain lagi.
§  Perjumpaan keluarga - Sesi bertukar pendapat, percambahan minda dan mendapatkan maklumbalas daripada waris dan masyarakat setempat.
§  Sukarelawan - Kami akan mengumpulkan sukarelawan untuk apa-apa aktiviti bagi melibatkan penghuni dengan masyarakat setempat.


No comments:

Post a Comment